Struktur Binaan Sarang Kelulut


Struktur binaan dalam sarang
Setiap sarang akan mempunyai tempat menyimpan madu, roti lebah, tempat bertelur, struktur penyambung binaan dan lapisan nipis propolis di tempat-tempat tertentu.  Jika ronga terlalu besar, ia dihadkan dengan lapisan bitumen yang keras. Bitumen dibina dari campuran cerumen, propolis, lumpur, serat tumbuhan dan kotoran haiwan.  Fungsi-fungsi struktur ini adalah seperti berikut:
·      Kokun –  Kokun ialah struktur yang diperbuat dari propolis dan lilin, berbentuk silinder dan digunakan untuk meletakkan telur, larva dan pupa.
·      Katung madu – Berbentuk tempayan, diperbuat daripada propolis dan lilin.  Pada kebiasaannya katung madu diatur bahagian atas kokun. Fungsinya ialah sebagai tempat pengumpulan madu.
·      Katung roti lebah – Berbentuk tempayan, diperbuat daripada propolis dan lilin.  Pada kebiasaannya katung madu diatur bahagian atas kokun. Fungsinya ialah sebagai tempat pengumpulan roti lebah.
·      Involucrum – Involucrum ialah lapisan propolis yang nipis mengelilingi kokun.  Involucrum ini terbentuk pada umumnya dikeliling kokun anak bagi tujuan untuk mengawal dari serangan perosak atau mengstabilkan keadaan suhu dikawasan kokun.
·      Tiang penyokong – Tiang penyokong ini terbentuk diantara lapisan kokun.  Ianya diperbuat daripada propolis dan lilin. Fungsi tiang penyokong ialah untuk memisah satu lapisan kokun dengan yang lain.
·      Struktur penyambung – Rangkain struktur yang menghubung rangkaian kantung madu, kantung roti lebah dan lain.



Struktur binaan luar sarang
Pada keadaan biasa hanya satu lubang / corong sahaja dibina sebagai pintu keluar masuk kedalam sarang.   Ini bagi memastikan kawalan keselamatan boleh dijalan lebih baik oleh pengawal-pengawal koloni.  Bahan yang digunakan untuk pembinaan corong luar ialah propolis, lilin, pasir, resin, tanah dan serap tumbuhan.  Seni binaan corong adalah pelbagai bergatung kepada spesis, persekitaran setempat dan tahap kesihatan koloni.  Seni bina corong ini biasa digunakan pengecaman spesis lebah kelulut.



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.