Pokok Jambu Merah

Tags

Nama botani
Xanthostemon youngii

Nama Inggeris
Crimson Penda; Red Penda



Famili
Myrtaceae

Pengenalan
Sejenis pokok renek yang boleh tumbuh sehingga 2-3 m tinggi.  Mempunyai banyak ranting.  Daun muda bewarna merah dan bertukar kepada hijau berkilat apabila matang.  Bunga berwarna merah.

Habitat & Keperluan Pertumbuhan
Tanaman ini memerlukan kawasan yang mempunyai saliran yang baik, berpasir, serta pancaran matahari yang banyak untuk pertumbuhan yang baik dan berbunga.  Banyak ditanam ditaman kerana bunganya yang merah menarik.  Boleh juga ditanam didalam pasu untuk mengawal pembesaran bagi kawasan yang terhad.


Cara Pembiakan
Boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau tut ranting.  Bahan tanaman boleh diperoleh dinurseri-nurseri utama.

Maklumat lain
Disukai oleh H. itama dan G. thoracica


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.