Pokok Jambu Kuning

Tags

Nama botani
Xanthostemon chrysantus 

Nama Inggeris
Golden penda

Famili
Myrtaceae

Nama Lain





Pengenalan
Sejenis pokok kecil dan boleh capai sehingga ketinggian 10 m dalam keadaan semula jadi. Bunga majmuknya terbentuk secara berkelompok di hujung ranting, berwarna kuning terang dan sangat menyerlah.

Habitat & Keperluan Pertumbuhan
Ianya merupakan sejenis tanaman yang tahan lasak dan boleh tumbuh dengan baik dikawasan terbuka, tanah berasid dan rentang terhadap kepanasan dan pencemaran.  Banyak ditanam sebagai pokok penghias ditaman golf dan lebuhraya kerana bunganya lebat dan terang.  Lebar kanopi boleh boleh mencapai sehingga 5 m.

Cara Pembiakan
Pembiakan melalui biji benih, keratan batang atau anak liar

Maklumat lain
Disukai oleh H. itama dan G. thoracica


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.