Pokok Bunga Biden

Nama botani

Biden pilosa

Nama Inggeris
Beggar's tick, beggar-ticks, hairy beggar-tick

Nama Lain

Famili
Asteraceae

Pengenalan
Biden pilosa ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang pertumbuhanya agak agresif.  Ianya boleh tumbuh sehingga 1.5 m tinggi dan berbunga sepanjang tahun.  Bunga berwarna puteh yang terbit pada pengujung ranting.







Habitat & Keperluan Pertumbuhan
Tumbuhan ini boleh hidup dipelbagai jenis tanah dan boleh membiak sehingga boleh dianggap rumpai bagi setengah kawasan. Ianya agak lasak dan tumbuh dengan baik dikawasan tanah terbiar. Biden juga ditanam sebagai tanaman perhiasan kerana bunga & sifat pertumbuhannya yang agak cantik.  Pokok matang mempunyai lebar kanopi adalah adalah dalam lingkungan 1.5 m.  Jarak tanaman yang disyorkan ialah 0.5 m X 0.5 m.  Biji benih hendaklah terlebih dahulu disemai.  Anak benih sedia untuk ditanam selepas dua minggu.  Pokok akan mula mengeluarkan bunga selepas 4-6 minggu bergantung kepada kesuburan tananam.

Cara Pembiakan
Biji benih

Maklumat lain
Sangat disukai oleh H. itama dan G. thoracica

RUJUKAN PERBINCANGAN DI GRUP FB : http://bit.ly/biden-pilosa-FB

1 komen so far

Assalamualaikum, saya nak tanya, mana nak dapat benih pokok biden ni?? Ada kat nursery ke?


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.