Pokok Air Mata Pengantin

Tags

Nama botani

Antigonon leptopus

Nama Inggeris

Mexican creepers, Coral vines

Nama Lain

Seri pengantin, Anggur karan


Bunga puteh

Warna pink terang

Bunga pink keputihan


Pengenalan

Sejenis tumbuhan banyak musim dan tumbuh menjalar. Batang boleh tumbuh sehingga 5-8 panjnag, mempunyai bunga pada tendril yang digunakan untuk memanjat. Tiga varieti telah dikenalpasti iaitu bunga yang berbunga unggu, unggu keputihan dan puteh.

Habitat & Keperluan Pertumbuhan

Tanaman ini banyak tumbuh liar ditepi jalan / parit. Ianya tahan lasak dan tumbuh baik dalam semua keadaan. Perlu cahaya matahari yang banyak untuk pengeluaran bunga.

Cara Pembiakan

Boleh dibiak dengan menggunakan keratan batang matang (yang berakar) dan juga biji benih.


Maklumat lain

Disukai oleh H. itama dan G. thoracica.

RUJUKAN DI PERBINCANGAN GRUP FB KELAB :  http://bit.ly/AirMataPengantin-FB


5 komen

Kalau di Kelantan, pokok ini banyak tumbuh ditempat2 berikut:
1. Dekat jambatatan Pasir Hor
2. Jalan Batu 4 Jln Kuala Krai ke Kubang Kacang / Pasir Tumboh (berhadapan dengan gelanggang futsal)
3. Dekat masjid Kota, Kota Bharu
Benih (biji) dan batang matang boleh diperoleh dari tempat2 ini

Terima kasih. Nak pergi cari insya-Allah (kat jambatan Pasir Hor tu)

Kat Jambatan Pasir Hor tu.... depan kedai ayam segar JITU

salam tuan...nk dapat benih yang bunga putih dan pink keputihan tu kat mana?tkasih..

AsSalam.. Sy tanam dari biji benih bunga warna pink. Bila pokok tu berbunga,keluar bunga putih je.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.