5 Persediaan Penternak Kelulut Menghadapi Musim Hujan

Mengikut pengalaman beberapa penternak tempatan, bulan April hingga September adalah bulan-bulan kelulut produktif menghasilkan madu. Sebaliknya bulan-bulan Oktober hingga Mac adalah bulan-bulan kelulut kurang menghasilkan madu.

Ini adalah disebabkan keadaan keadaan cuaca yang lembab dan kelulut tidak dapat keluar jauh untuk mencari makanan.  Tambahan pada itu, kebanyakkan pokok sudah mengakhiri musim bunga. Pada masa ini kebanyakkan tanaman adalah pada peringkat pengeluaran buah.


Pokok air mata pengantin berbunga sepanjang tahun
Menyederi akan keadaan ini, apakah persediaan anda sebagai penternak kelulut.  Disini saya berikan sedikit panduan hasil daripada perbincangan saya dengan beberapa penternak tempatan.  Persediaan  yang semua penternak boleh ikuti adalah seperti berikut:


1. Kepadatan Koloni


Kurangkan kepadatan koloni dengan mengurangkan jumlah koloni bagi setiap unit keluasan kawasan pengeluaran.  Ini akan memberi peluang kepada kelulut mendapatkan makanan dari sumber makanan yang ada dikawasan tersebut.  Kita tahu walaupun pokok tanaman utama tidak berbunga, tumbuhan rumpai dan pokok renek lain setengahnya sentiasa berbunga dan merupakan sumber makanan kepada kelulut.  Jika sesuai, anda boleh pindahkan koloni yang anda kekawasan hutan / belukar berdekatan.

Pokok bunga biden boleh ditanam di dalam pasu untuk dipindah
berdekatan koloni ternakan

2. Pokok Bunga Sepanjang Tahun 


Pastikan anda mempunyai pokok-pokok bunga mudah alih yang disukai oleh kelulut.  Pokok-pokok bunga ini boleh di tanam di dalam pasu dan di pindah ke kawasan penternakan apabila sampai masanya.  Pada masa hujan kelulut tidak dapat keluar jauh untuk mencari sumber makanan.

Antara tanaman bagi saya amat sesuai pada pandangan saya ialah pokok tanaman jangka pendek seperti pokok bunga biden, zinia, bunga kembang pagi, selasih dan ulam raja.  Penternak juga harus bersedia dengan tanaman yang berbunga sepanjang tahun seperti air mata pengantin dan belimbing.

Pokok kekal hendaklah ditanam secara strategik dalam memastikan kelulut tidak bergerak jauh untuk mendapatkan bunganya.  Penternak masih lagi sempat menanam dengan pokok-pokok ini kerana ianya memerlukan 6-8 minggu sahaja untuk berbunga.


Buah-buahan adalah antara sumber makanan pilihan bagi lebah kelulut

3. Makanan Tambahan


Pemerhatian daripada penternak-penternak telah membuktikan kelulut memang suka pada beberapa buah-buahan terpilih sebagai makanan pilihan.  Tanaman-tanaman tersebut ialah rambutan, duku/dokong, longan dan pisang.  Pisang salai juga merupakan makanan kegemeran kelulut.  Kelulut juga suka pada bunga pisang walaupun yang telah gugur ke tanah.  Buah-buahan lain yang pernah digunakan oleh penternak sebagai sumber makanan tambahan kepada kelulut ialah betik, tembikai dan buah pisang.

Sumber makanan tambahan ini tidak digalakkan meletak terus ke dalam sarang kerana sumber makanan boleh menyebabkan kelembapan dalam sarang akan meningkat dan akan menimbul masalah kepada kelulut dalam usaha untuk mengurangkan kandungan air pada madu.  Makanan ini juga boleh mengundang masalah yang berkaitan dengan perosak.

Makanan tambahan juga tidak digalakkan diletakkan berdekatan dengan corong.  Makanan yang dihidangkan kepada kelulut juga boleh manarik serangga lain seperti lalat dan perosak lain ke kawasan corong dan dikhuatiri boleh menyelinap masuk ke dalam sarang.  Sehubungan dengan itu sumber makanan tambahan ini seharusnya diletak ditempat khusus dan berasingan daripada koloni kelulut.

Beberapa stesen makanan boleh dibuat untuk diletakkan buah-buahan tersebut. Aras ketinggian stesen penempatan makanan tersebut sama dengan corong koloni.

Pisang salai (Gambar : Pak Suardi Saedi)
Pisang segar (Gambar : Pak Suardi Saedi)
Sebagai makanan pilihan dimusim tiada bunga, penternak di Brazil telah menyediakan makanan tambahan dengan membuat bebola makanan dengan menggunakan roti lebah kering, madu dan lilin mentah lebah apis (Rujuk video di link dibawah bagi cara untuk menyediakan bebola makanan tersebut).

4. Tidak Menuai Madu


Memandangkan sumber makanan adalah terhad pada musim tersebut penternak dinasihatkan supaya tidak menggangu koloni pada bulan-bulan tersebut.  Elakkan daripada menuai madu atau roti lebah memandangkan roti lebah dan madu adalah sumber makanan bagi koloni tersebut.

5. Keselamatan Koloni


Setiap koloni hendaklah dikendalikan dengan lebih teliti pada musim hujan.  Yang terpenting pastikan air hujan tidak boleh masuk kedalam kotak.  Penutup haif hendaklah dibungkus dengan lapisan plastik agar air hujan yang berterusan tidak dapat meresap masuk ke dalam haif.  Sebaiknya haif dilengkapi dengan bumbung kalis air.  Adalah lebih baik jika koloni tersebut ditempat dibawah teduhan yang bersesuaian.  Penempatan koloni seharusnya juga bebas dari kawasan yang mudah banjir atau mudah terdedah dengan angin kencang.


Rujukan :

  1. Penyediaan bebola makanan untuk kelulut - http://bit.ly/Vid-BebolaMakanan
  2. Sumber makanan pilihan - http://bit.ly/FB-MakananTambahan


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.