Pengambilan dari hutan
Semasa pengambilan
log dihutan dijalankan, penternak seharusnya pilih hanya koloni yang aktif dan
sudah lama bersarang dilog berkenaan. Pengecaman log yang aktif boleh
dibuat dengan memerhati pergerakan kelulut berkenaan dan saiz corong yang
terhasil. Koloni yang aktif mempunyai corong yang besar/panjang. Pengambilan
koloni yang kurang aktif (atau koloni baru bertapak) akan menyebabkan koloni
akan tidak tahan lama apabila dipindah ke ladang ternakan.
Pada umumnya
koloni kelulut terbentuk secara memanjang (bergantung kepada ruang dalam
log). Propolis / damar dibawah diikuti dengan broodcell (sel telur),
kantung beebreads dan kantung madu. Pada kebiasaanya corong dibina pada
tengah-tengah koloni berkenaan. Walau bagaimanapun keadaan sebenar bergantung
kepada rongga di dalam log dan tempat yang yang boleh ditembusi ke luar log
(untuk buat corong).
Kerja memotong di habitat asal
Pemotongan
hendaklah dibuat lewat pagi. Pada masa ini, kebanyakkan kelulut telah keluar
dari sarang. Ini bagi mengelakkan kecelaruan koloni semasa kerja-kerja
memotong dibuat. Semasa proses memotong,
sebaik mungkin jangan rosakkan corong.
Corong ini merupakan panduan bagi pekerja untuk pulang ke sarang. Bagi
memastikan koloni tidak terpotong, potong lebih kurang 2 kaki diatas dan
di bawah corong dengan menggunakan gergaji yang tajam. Bagi memudahkan
pengangkutan dari habitat asal ke ladang ternakan, bagi log yang besar, log
tersebut boleh dikecilkan dengan memotong bahagian luar. Kerja ini hendaklah dibuat dengan
berhati-hati agar tidak terkena koloni didalamnya. Segala lubang (jika ada), hendaklah ditup
dengan menggunakan papan bagi mengelakkan daripada gangguan perosak seperti
semut, lipas, katak, cicak dan lain-lain.
Pemindahan & pengurusan log di ladang ternakan
Log koloni yang
telah dipotong hendaklah di tinggalkan ditempat asal sehingga malam sebelum
dibawa ke ladang ternakan. Log yg telah dipotong dihutan / tempat asal
sehingga malam baru boleh dibawah balik ke ladang ternakan. Ini bagi memastikan semua pekerja yang telah
keluar mencari nektar dan pollen balik ke sarang. Sebelum angkut ke ladang tutup corong dengan
menggunakan gumpalan kertas atau daun kayu. Log juga boleh juga diangkut pada
awal pagi keesokkannya dengan syarat pada malam sebelumnya, corong terlebih
dahulu ditutup. Arah kedudukan asal (atas dan bawah) hendak ditanda
sebelum diangkat balik ke ladang. Ini
penting kerana madu boleh tumpah jika diterbalikkan dan boleh menyebabkan
kelulut akan mati kelemasan.
Bila dibawa balik
ke ladang, tentukan tempat dimana log tersebut ingin ditempatkan. Di
ladang, letakkan ditempat teduh(> 70% teduhan). Teduhan berkenaan mungkin di
bawah pokok atau struktur yang bumbungnya dibuat dengan menggunakan jaring
plastik hitam. Penggunaan penutup (pada setiap log) boleh membantu mengurangkan
bahang panas.
Sebaiknya letak diatas
simen konkrit yang dirawat dengan minyak injin kotor / garam bagi mengelakkan dijangkiti
anai-anai dan semut. Sentiasa buat
pemerhatian agar tidak dikacau musuh seperti katak, biawak, semut api dll.
Tinggalkan di
ladang sekurang2 nya dua bulan (di Indonesia - mereka amalkan 4
bulan) sebelum apa-apa dibuat terhadap log tersebut. Ini bagi memastikan
koloni dapat menyesuaikan dengan keadaan sekitar iaitu tempat cari makanan
(pollen & nektar), resins untuk membuat sarang / propolis, air dll.
PERINGATAN:
Panduan ini ialah bagi usaha untuk menyelamat kelulut di kawasan yang sudah diberi kelulusan pembangunan, bukan hutan simpan atau kawasan yang belum dapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar!
Panduan ini ialah bagi usaha untuk menyelamat kelulut di kawasan yang sudah diberi kelulusan pembangunan, bukan hutan simpan atau kawasan yang belum dapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar!
EmoticonEmoticon