Jangkitan Kulat Pada Haif Kelulut


Kotak berkulat adalah antara masalah yang biasa dihadapi oleh penternak lebah kelulut.  Kehadiran kulat pada kotak broodcell ataupun kotak madu boleh merencatkan keharmonian koloni kelulut.

Lebah pekerja akan memberi tumpuan lebih kepada aktiviti membersihkan haif dan kurang tumpuan kepada aktiviti membuat sarang, sel telur dan pengumpulan debunga dan madu.





Punca

Daripada pemerhatian saya ini, antara faktor utama yang menyebabkan keadaan tersebut adalah seperti berikut:
1.     Penggunaan kayu yang tidak betul2 kering untuk membuat kotak haif.
2.     Kotak haif yang terlebih besar berbanding dengan koloni kelulut berkenaan.
3.     Kotak yang dibuat terlampau nipis dan memboleh air hujan / boleh meresap kedalamnya.
4.     Kotak yang dibuat tidak padat udara dan boleh menyebabkan hujan / embun dapat meresapi masuk.
5.     Meletakkan haif di kawasan yang terdedah dengan hujan atau dalam kawasan yang sentiasa lembab.


Penyelesaian

Bagi mengatasi masalah tersebut, penternak pada peringkat awal lagi seharusnya membuat kotak dengan saiz bersesuaian dengan koloni kelulut yang diternak.

Kayu yang digunakan hendaklah tebal (melebihi 1 inci) dan daripada kayu jenis keras (kumpulan dipterokarpa).  Elakkan daripada menggunakan kayu jenis lembut (softwood).  

Kotak juga hendaklah ditutup padat dan semua ruang yang ada harus ditutup dengan propolis secara manual sebelum dijadikan kotak topping.

Kotak haif berkenaan juga hendaklah di letak di kawasan yang teduh atau membuat atap bagi setiap kotak haif berkenaan. 

Cat kalis air berasaskan air boleh juga digunakan di bahagian luar kotak haif bagi menutupi lubang-lubang kecil pada kotak haif. 

Bagi mengatasi masalah yang sudah terkena jangkitan, penternak tiada pilihan lain selain daripada dengan menukar kotak baharu.

Amalan membersih kotak yang telah terkena jangkitan tidak membuahkan hasil. Hal ini kerana sisa-sisa kulat yang ada akan mudah membiak semula jika faktor-faktor penyebab di atas tidak diatasi dahulu.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.