![]() |
Warna-warna madu kelulut Warna-warna madu kelulut |
Warna-warna ini berbeza bergantung kepada jenis bunga yang dihinggapi oleh kelulut pada masa itu.
Warna madu yang berbeza ini sudah tentu mempunyai khasiat perubatan yang berbeza kerana tumbuhan yang menjadi sumber makanan bagi kelulut ini mengandungi kandungan bahan aktif dan khasiat perubatan yang berbeza.
![]() |
Atas (madu G. thoracica) dan bawah bawah (madu H. itama) |
![]() |
Kedua-dua ialah madu G. thoracica dan dari koloni yand sama (jarak tuaian antara dua ialah hanya 2 minggu) |
![]() |
Kiri ialah madu H. itama dari tuaian hasil ternakan & kanan ialah dari batang kayu (madu lama) |
![]() |
Madu daripada H. itama |
Walau bagaimanapun, secara khusus kita tidak dapat kaitkan khasiat perubatan dengan warna madu itu sendiri. Ini kerana walaupun secara umum kita boleh katakan bahan tanaman yang berwarna gelap mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi.
Spesis kelulut juga tidak mempengaruhi warna madu yang dihasilkan. Madu daripada koloni yang sama boleh menghasilkan warna yang berbeza bergantung kepada kedapatan bunga-bunga yang kelulut hinggap pada masa itu.
Secara umum, madu yang matang dan tersimpan dalam log kayu yang dikumpul semasa pemindahan koloni lebih gelap warnanya berbanding dengan madu yang terkumpul di ladang ternakan. Kantung madu di dalam log yang baik kadangkala boleh berusia mencecah puluhan tahun.
2 komen
Tq
Boleh share kat fb tak?
EmoticonEmoticon