Lebah Ratu & Tugasannya

Ratu muda biasanya lebih kecil berbanding dengan pekerja (kepala, thorax dan abdomen yang tirus).  Abdomen akan membesar dengan jelas selepas pengsenyawaan berlaku. Pada kebiasaanya warna lebih gelap dan membesar lebih cepat.  

Ratu-ratu muda pada kebiasaannya dibunuh oleh ratu sedia ada.  Yang terlepas akan keluar untuk mengawan.  Secara umum, ratu muda (gyne) mengawan hanya sekali dengan lebah jantan dari koloni lain dan menyimpan sperma yang diperlukan untuk pengsenyawaan telor yang dihasilkan dalam hayatnya.  Ini berlaku semasa penerbangan dan pulang ke sarang untuk bertelur.  

Sarang ini adalah sarang baru hasil daripada perpecahan koloni (swarming) atau pulang ke sarang asal mengambil alih tugas ibunya apabila ratu berkenaan yang sudah tua dan tidak berupaya menjalankan fungsinya dengan baik.  

Ratu tua biasanya akan dibunuh oleh pekerja. Selepas mengawan, ratu muda akan diberi dengan makanan khusus oleh pekerja selema 20-30 hari sebelum organ reproduktif berfungsi penuh dan mula bertelur.  Sebaik sahaja ratu muda mula bertelur, ia tidak akan keluar daripada sarangnya lagi. 




Fungsi utama ratu ialah untuk bertelur dan menghasil kesemua kasta dalam koloni berkenaan.  Ratu ini juga akan mengawal urusan harian koloni berkenaan dengan sejenis bahan kimia yang dipanggil pheromones.  

Pheromone yang berlainan akan menentukan tindakan yang semestinya dibuat oleh pekerja.  Ada antara yang dihasilkan boleh menyekat keupayaan pekerja untuk bertelur.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.