Megachile disjuncta
Keluarga: Megachilidae
Keluarga: Megachilidae
Leaf cutter bees / mason bees
Famili
Megachilidae
Pengenalan (berkenaan perosak)
Dalam bahasa Inggeris serangga ini dikenali dengan manson bees atau leaf cutter bees kerana sifat lebah itu sendiri yang pada kebiasaannya memotong daun, bahan tanaman kering lain dan tanah untuk membuat sarang. Semua spesis dalam famili ini mengambil nektar sebagai sumber makanan. Dengan itu, ianya merupakan salah satu serangga yang banyak membantu dalam pendebungaan tanaman.
Kerosakkan
Serangga ini pada kebiasaanya memasukkan ke dalam kotak atau log kayu menerusi corong. Dalam keadaan corong koloni tersebut agak panjang, perosak ini terlebih dahulu memotong corong tersebut. Biasanya perosak ini akan masuk kedalam kotak untuk merompak propolis. Ini akan menyebabkan berlakunya tumpahan madu dan akhirnya koloni kelulut akan lari meninggalkan haif. Serangan biasa berlaku bagi koloni yang tidak agresif. Setengah koloni yang agresif berupaya melawan balik serangan perosak ini.
Kaedah kawalan
Kaedah kawalan yang disyorkan ialah pertama sekali dengan membunuh serangga ini jika terdapat berkeliaran dikawasan koloni penternakan. Ada juga pengusaha yang mengawal kemasukkan perosak tersebut dengan mengecilkan (leperkan) lubang corong kerana pada kebiasaanya perosak ini adalah 2 kali ganda lebih besar berbanding dengan H. itama. Kawalan masuk perosak ke dalam kotak juga boleh dibuat dengan memasang jaringan dawai kecil di permukaan corong katak. Kedua-dua teknik didapati berupaya mengawal kemasukkan perosak ini ke dalam kotak dengan baik.
Kawalan pencegahan dengan membuang kulit log boleh membantu pembiakan / kehadiran perosak ini. Ini kerana lebah tapir sangat suka bersarang dicelah-celah rekahan kulit ini.
Kawalan pencegahan dengan membuang kulit log boleh membantu pembiakan / kehadiran perosak ini. Ini kerana lebah tapir sangat suka bersarang dicelah-celah rekahan kulit ini.
Maklumat lain
Perosak ini banyak menyerang koloni H. itama
Rujukan:
1. http://www.discoverlife.org/20/q?search=Megachile+disjuncta2. http://en.wikipedia.org/wiki/Megachilidae
EmoticonEmoticon