Lebah Pekerja & Tugasannya

Lebah pekerja ialah lebah betina yang mana ovarinya tidak berfungsi sepenuhnya.  Kadangkala lebah pekerja juga boleh bertelur yang mana akan menghasilkan lebah jantan sahaja.  Lebah pekerja biasanya berwarna berkilat.  Ciri lebah pekerja biasanya digunakan oleh ahli taksonomi untuk menentukan perbezaan antara spesis. Peranan lebah pekerja berubah mengikut kematangannya.  

Sebaik sahaja menetas, ianya akan mendandan diri buat beberapa jam sebelum menjalan kerja-kerja membersih sarang dan membuang kotoran yang terdapat dalam koloni.  Lebah pekerja juga bertugas untuk mengasuh ratu, mengeram, pembaikan ruang induk, membuat sel anak, kantung madu, kantung beebread, menerima nektar, debunga dan propolis.  Lebah pekerja juga bertindak mengolah, memekat dan menyimpan madu dan debunga (beebread).  


Lebah pekerja mengumpul pollen & nektar (Foto : Mustafa Karim)
Lebah pekerja membina corong & mengawal laluan masuk
(Foto :  Sharifah Shanatul Asma Jamalullail)
Pada tahap kematangan seterusnya pekerja ditugaskan sebagai pengawal keselamatan di pintu masuk (corong).  Seterusnya pekerja-pekerja ini akan keluar untuk mengumpul nektar, debunga, resin dan juga air.  Pada penghujung hayatnya, pekerja akan dilarang masuk ke dalam sarang dan akan mati.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.