Koloni Tidak Aktif - Kaedah Rawatan

Walaupun dalam keadaan persekitaran yang terkawal, kadangkala masih ada lagi koloni yang tidak aktif dan bermasalah.  Punca utama yang menyebabkan sesuatu koloni itu bermasalah ialah disebabkan kekurangan pekerja atau tiada ratu.

Pemindahan beberapa lapisan broodcell ke haif yang dikenalpasti
tidak mempunyai banyak pekerja
Ketiadaan ratu akan menyebabkan tiada broodcell baru dan pupus apabila semua broodcell yang adatelah menetas.  Kekurangan pekerja juga boleh menyebabkan kekerungan bahan makanan yang diperlukan oleh broodcell, ratu dan ahli lain.  Antara pendekatan yang boleh dibuat adalah seperti berikut:

Masalah kekurangan pekerja

Dapatkan broodcel penderma pekerja dari koloni aktif yang lain.  Broodcel ini boleh diperoleh semasa proses belahan log untuk dipindah ke kotak haif atau dari koloni dalam haif yang aktif. Sebanyak 4-5 lapis broodcell sudah memadai untuk tujuan ini.

Selain daripada itu, teknik meletakkan koloni yang lemah di tempat koloni yang aktif di waktu siang hari juga boleh diamalkan.  Teknik ini memaksa pekerja yang pulang dari mencari makanan masuk ke dalam haif yang lemah tadi.

Koloni yang aktif dan lemah diletakkan semula ditempat asal apabila senja / malam.  Ada juga penternak yang mengamalkan teknik memaksa pekerja yang pulang mencari untuk memasukki koloni yang lemah dengan menutup corong koloni yang aktif.

Pendermaan sel ratu ke kotak koloni yang tidak mempunyai ratu

Masalah ketiadaan ratu

Ini boleh diatasi dengan mengambil 2-3 sel ratu dari koloni yang aktif dan masukkan ke dalam haif yang lemah. Sel ratu tadi akan menetas untuk menghasilkan ratu baru dan seterusnya menghasilkan broodcell baru.  Adalah diingatkan kedua-dua haif lemah dan aktif hendaklah dari spesis yang sama.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.