Koloni Tidak Aktif - Kaedah Penyelesaian

Koloni tidak aktif sebenarnya boleh kita hindari jika semua penternak membuat persediaan yang rapi sebelum memula penternakan sama ada secara kecilan dikawasan taman atau secara perladangan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah sumber makanan, kawasan persekitaran ternakan, penyediaan haif yang bersesuaian, gangguan musuh perosak / pengacau koloni dan keadaan haif koloni asal itu sendiri.

Sumber makanan

Penternak seharusnya menyediakan sumber makanan yang bersesuaian untukkelastarian ternakan mereka.  Bagikelulut sumber makanan yang diperlukan terbahagi kepada tiga iaitu :
  • Sumber nektar (untuk menghasilkan madu),
  • Sumber pollen (untuk menghasilkan beebread),
  • Resin / getah (untuk membuat sarang dalam dan muncung luar)
Sehubungan dengan itu, ketiga jenis tanaman ini harusada dikawasan ternakan.   Perlu diingatkan jenis tanaman yang dipilih seharusnya berbunga sepanjang tahun bagi memastikan sumber makanan terdapat sepanjang tahun.  Tanaman termasuklah tanaman makanan yang berbunga bermusim seperti longan, rambutan, durian dan yang bukan bermusim seperti kelapa, belimbing (belimbing madu & belimbing buluh) dan jambu. 

Beberepa tanaman kekal lain yang berbunga tanpa musim selasih, pisang dan limau.  Banyak juga tanaman hiasan / landskap yang sangat disukai oleh kelulut. Antara tanaman tersebut ialah air mata pengantin, akar dani, jeliti dan banyak lagi.  Bunga jenis jangka pendek seperti bunga matahari dan zinnia juga sangat disukai oleh kelulut.  Bunga dari pelbagai jenis rumpai seperti rumput Israel dan semalu juga disukai oleh kelulut.


Selain daripada itu, kelulut juga memerlukan sumber air yang mencukupi. Bagi ladang yang besar, adalah amat baik jika kolam dibina untuk tujuan tersebut. 

Masalah kawasan persekitaran

Kawasan ternak seharusnya mirip dengan keadaan semula  kawasan asal yang mana kelulut hidup liar didalam hutan tropical dengan teduhan lebih 70%.  Dengan itu, koloni ternakan hendaklah diletakkan ditempat teduhan dibawah pokok (didusun) atau struktur teduhan khas dibina.  Atap bagi struktur yang dibina sebaiknya dari atap rumbia. Elakkan menggunakan atap zink. Atap zink akan menghasilkan bahang panas yang melampau. Kelulut juga tidak suka kawasan yang terdedah dengan arah angin dan hujan berlebihan kerana ini akan memberi masalah kepada haif koloni.

Gangguan perosak pengacau 


Gangguan perosak pengacau (yang tidak boleh terbang seperti semut, anai-anai) boleh dielakkan dengan melumurkan minyak gris atau minyak hitam kotor disekeliling bahagian pangkal log. Log hendaklah diletak diatas simen konkrit agar kayu log tidak bersetuhan dengan tanah bagi memudahkan untuk membuat pemerhatian dari jangkitan anai-anai.  Himpunan pasir dikeliling konkrit simen juga dikatakan boleh menghalang dari jangkitan anai-anai dan semut.  Kapor ajaib (kapur penghalau semut) juga boleh digunakan dengan membuat garisan dikeliling log atau kotak haif.

Gangguan musuh pemangsa

Katak ialah musuh pemangsa yang bermasalah jika tidak buat pemerhatian yang teliti terutama sekali bagi spesis G. thoracica.  Katak lembik (toad) biasa keluar waktu malam dengan memasukki lobang yang ada di log berkenaan atau menunggu di corong keluar masuk.  Katak akan makan ahlikoloni ini.  Yang tidak sempat dimakan akan meninggalkan log untuk mencari kawasan yang lebih selamat. 

Dilaporkan masalah ini boleh diatasi dengan menabur garam dikeliling log.  Ada ahli yang menggunakan corong plastik yang diterbalikkan untuk mengawal masalah cicak, mengkarung dll yang sentiasa menunggu di kawasan corong haif.  Corong plastik juga boleh diletakkan ditiang (jika tiang yang dibina kecil) struktur yang dibina untuk melentakkan log/haif koloni.

Penyediaan haif yang tidak kondusif 

Haif yang dibina untuk kelulut hendaklah seakan-akan dalam log asal.  Antaranya ialah kayu yang digunakan mesti tidak dirawat dengan bahan kimia, tebal (sebaiknya lebih 1”) dan cukup kering.  Kayu lembab boleh menyebabkan lubang2 akan terbentuk apabila kering atau akan menyebabkan kawasan dalam haif mudah berkulat.

Buatan haif yang tidak kemas menyebabkan ianya mudah dicorobohi oleh semut, lipas dan serangga perosak lain.  Sejak akhir-akhir ini sudah banyak penternak yang membina haif ternakan dengan menggunakan batang yang ditebuk bersesuaian dengan spesis kelulut yang ingin diternak.  Satu pendekatan yang harus diamalkan bagi mengelakkan masalah ini dengan menternak dilog asal dan topping diletakkan dibahagian atas untuk memerangkap madu. 

Tuaian madu bagi kaedah ini juga lebih mudah tanpa gangguan yang banyak kepada koloni berkenaan.


Pengambilan koloni log yang lemah

Untuk ini, seharusnya pengumpulan koloni dari hutan hanya bagi koloni yang lama dan aktif sahaja. Koloni yang baru (tidak aktif / tidak banyak pekerja) akan mudah meninggal log jika keadaan persekitaran tidak optimum.  Koloni yang aktif mempunyai corong yang besar, panjang dan mempunyai banyak pekerja dengan melihat pergerakan keluar masuk sarang pekerja pada waktu pagi.



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.