Kitaran Hidup Lebah Kelulut


Lebah kelulut adalah sejenis serangga yang hidup bersosial bersama dalam satu koloni.  Ahli koloni sosial boleh dibahagikan kepada tiga kasta utama iaitu lebah pekerja (workers), lebah jantan (drones) dan ratu (queen). Setiap koloni pada kebiasaannya mempunyai seekor yang ratu, beberapa ekor lebah jantan dan ribuan lebah pekerja. 
Ratu ini akan menghasilkan dua jenis telur.  Telur yang disenyawakan akan menghasilkan larva lebah pekerja dan larva ratu dan sebaliknya ratu yang tidak disenyawakan akan menghasilkan larva lebah jantan. Jangka masa dari telur untuk bertukar menjadi larva, pupa dan lahir sebagai pekerja, jantan atau ratu adalah dalam lingkungan 18-22 hari bergantung kepada spesis.  Walau bagaimanapun ada spesis yang boleh menjangkau sehingga lebih 50 hari.  
Telur ratu adalah lebih besar berbanding dengan
telor pekerja ataupun pejantan



Telur pejantan mempunyai bonggol berbanding dengan
telor pekerja yang agak rata
Bentuk dan saiz kokun bagi ketiga-tiga kasta ini adalah berbeza.  Kokun bakal ratu biasanya lebih besar (hampir dua kali ganda) dan terbentuk secara berasingan dengan lapisan telur kasta lain.  Bahagian atas kokun pekerja adalah rata berbanding kokun jantan yang mempunyai bonggol.



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.