Pemilihan Jenis Kayu yang Sesuai Untuk Haif dan Topping

Pemilihan kayu yang bersesuaian penting

Koloni yang baik boleh hidup sehingga puluhan tahun.  Sehubungan dengan itu, kayu yang dipilih seharusnya dapat bertahan bagi jangka masa tersebut.  Sebaiknya kayu guna kayu yang berdamar kerana kayu jenis ini tidak disukai oleh anai-anai.  Kayu-kayu jenis ini ialah dari kumpulan jenis kayu keras seperti dalam kumpulan Diptocarp .  Antaranya ialah Balau, Resak, Meranti, Mersawa, Merawan, Cengal, Keruing dan lain-lain.  Kayu lain seperti durian, nangka, jering, rambai, rambutan, pulasan boleh juga digunakan.  Kayu-kayu ini walaubagaimanapun memerlukan disalai sebagai rawatan alternatif bagi membasmi kulat dan serangga perosak.   

Kayu-kayu yang mempunyai kandungan celulose yang tinggi seperti kayu pokok getah, ramin, jelutong dan kayu-kayu jenis lembut (softwood) tidak digalakkan kerana kayu jenis ini sangat sukai oleh anai-anai. Jika kayu dibelah sendiri, pastikan ketebalannya dalam 1.3 inci sebelum diketam. Ini akan menghasilkan ketebalan minima lebih 1.0 inci selepas siap diketam.   Jika ada, gunakan kayu yang lebarnya mencukupi lebar kotak yang akan dibuat.

Jika kayu yang digunakan diperoleh kilang-kilang papan, pastikan ianya tidak dirawat dengan bahan kimia.  Kayu yang dirawat dengan bahan kimia boleh menyebabkan kematian koloni dan bagi yang terselamat akan lari meninggalkan sarang.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.