Koloni Tidak Aktif - Faktor Penyebab

Koloni yang bermasalah adalah antara keluhan yang sentiasa dihadapi oleh penternak, sama ada penternak baru atau penternak yang telah berpengalaman. 
Corong kemasukan menjadi indikator utama kekuatan sesebuah koloni kelulut.
Antara masalah yang biasa yang dihadapi oleh penternak ialah seperti  keseluruhan koloni mati, koloni lari meninggalkan haif atau koloni semakin mengecil dan sebahagian daripada lebah pekerja mati atau lari meninggalkan ahif.

Punca utama yang menyebabkan masaalah diatas adalah seperti berikut:
  • Sumber makanan yang tidak mencukupi dan sesuai dengan spesis berkenaan. Kelulut memerlukan bunga yang bersesuaian sebagai sumber nektar bagi menghasilkan madu, pollen untuk menghasilkan beebread, resin bagi pembentukan propolis (untuk membuat sarang) dan sumber air. Sumber makanan seharusnya ada sepanjang tahun.
  • Persekitaran penempatan yang tidak sesuai seperti terlampau panas, terdedah kepada hujan yang berlebihan, udara yang tercemar dan halangan fizikal bagi pergerakan bebas kelulut masuk & keluar sarang. Cuaca panas yang berlebihan (sama ada pagi atau petang) boleh mencairkan corong atau kantung-kantung madu dalam haif.
  • Gangguan musuh perosak seperti katak, cicak, tebuan, semut api dan lain2yang secara terus menyerang dengan memakan ahli koloni (termasuk ratu) ataupun telur anak (broodcells).
  • Gangguan perosak pengacau seperti semut kecil, anai-anai, lipas dll. Perosak ini tidak menyerang koloni kelulut secara terus tetapi menganggu kesejahteraan koloni berkenaan. Semut dan lipaspada mememasuki haif kelulut untuk mendapatkan madu. Anai-anai akan memusnahkan log koloni atau haif.
Struktur propolis menunjukkan pada satu ketika koloni ini agak aktif dengan
jumlah pekerja yang agak banyak. Kesemua koloni boleh meninggalkan haif ini jika
ada gangguan daripada perosak seperti semut dll
  • Penyediaan haif yang tidak kondusif untuk kehidupan kelulut seperti terlampau besar (menyusahkan koloni mengawal keadaan), menggunakan papan nipis (menyebabkan kepanasan & boleh mencairkan propolis/kantung madu), papan dirawat dengan bahan kimia (akan kematian ahli koloni) dan buatan yang tidak kemas (terdedah dengan gangguan perosak). Haif yang terlampau kecil (berbanding dengan saiz koloni) juga boleh menyebabkan menyebabkan koloni berkenaan berpindah ke tempat baru yang lebih selesa.
  • Pengambilan koloni yang lemah/baru dari tempat asal. Koloni baru pada kebiasaanya mempunyai pekerja yang tidak ramai dan akan susah untuk menyesuaikan diri ditempat baru.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.