Cara Simpan Madu Mentah (Raw Honey)


Kajian yang dijalankan menunjukkan madu kelulut tidak akan melalui proses penapaian jika suhu simpanan adalah kurang daripada 10oC.

Sehubungan dengan itu, madu boleh disimpan dalam tempoh yang lama jika disimpan di dalam peti sejuk (bahagian chiller). Walau bagaimanapun bagi penyimpanan jangka pendek, seperti 2 – 3 bulan, sudah memadai disimpan dalam suhu bilik (di luar peti ais) jika beberapa amalan beriut diikuti:

1.  Simpan di dalam bekas yang bersesuaian.  Madu hendaklah disimpan dalam bekas kaca yang mempunyai penutup yang kedap udara. Elakkan daripada mengguna bekas plastik atau besi kerana proses oksidasi bekas tersebut dikuatiri boleh menjejaskan sifat madu berkenaan. 

2.  Pastikankan botol dan penutup yang digunakan dicuci bersih (disterilkan dengan membasuh dengan air panas) dan kering sebelum digunakan.
 
3.  Pastikan botol untuk simpanan ditutup rapat agar oksigen tidak masuk. Penapaian hanya berlaku dengan kehadiran oksigen dan air. 

4.  Simpan bekas berkenaan di tempat sejuk dan kering. Elakkan daripada terdedah secara terus kepada cahaya matahari atau kawasan yang sentiasa lembab seperti di dapur.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.