8 Cara Mengatasi Masalah Kecurian Sarang Kelulut

Sejak akhir-akhir ini masalah kecurian koloni adalah semakin serius dan ianya tidak hanya berlaku di Kelantan sahaja, tapi telah juga dilapor dikawasan penternakan lain dinegara ini. Kalau dulu, kecurian hanya berlaku terhadap log sahaja. Tapi sejak akhir-akhir ini ianya juga berlaku kepada koloni di dalam haif kotak. Keselamatan di kawasan rumah juga agak tercabar apabila ada yang berani mencoroboh kawasan rumah yang berpagar untuk tujuan tersebut. Kehadiran pencuri dikawasan rumah seperti ini boleh menyebabkan barangan lain tidak lagi selamat selain daripada koloni kelulut itu sendiri.


Punca Masalah

Punca masalah ialah kerana adanya individu yang bersubahat dengan pencuri ini dengan membeli koloni dengan harga yang murah berbanding dengan harga pasaran semasa. Mereka yang bersubahat ini mungkin pengumpul-pengumpul koloni yang membeli dan kemudian menjual kepada penternak. Ada juga penternak yang sanggup membeli log ini walaupun mereka tahu sumber log ini adalah mencurigakan. Keadaan ini adalah sama dengan masalah kehilangan barangan besi untuk dijual kepada pembeli besi buruk sedangkan pembeli besi buruk itu sendiri tahu barangan tersebut ialah barangan curi.

Usaha Untuk Mengatasi Masalah Kecurian

Pada umumnya, masalah ini agak susah untuk diatasi selagi penternak tidak bersatu untuk tidak membeli log koloni yang dicurigai. Walau apa sekali penternak seharusnya membuat sesuatu agar masalah kecurian koloni mereka ke tahap minimum.

Antara pendekatan yang boleh dicadangkan untuk mengatasi masalah adalah seperti berikut:

1. Semua penternak berkerjasama untuk tidak membeli log / haif dari penjual yang mengcurigakan. Jangan beli log yang dihantar ke rumah / ladang dari penjual yang kita tidak kenal betul-betul. Adalah lebih selamat jika penternak beli log dari rumah / ladang penjual itu sendiri.

2. Jangan beli jenis log yang mencurigakan. Antara ciri2 log yang mencurigakan ialah:

Log berkenaan nampak lama dan mempunyai ada kesan semut, anai2 dll. Pada umumnya pencari koloni dari habitat asal tidak akan menyimpan lama sebelum dijual kepada penternak. Sebaliknya beli hanya log yang mempunyai ciri-ciri baru diperoleh dari habitat asal. Antara ciri-cirinya ialah ada getah pada kulit dan bersih dari serangan anai-anai dan lain2.

Log yang baru dibuang kulit / kikis batangnya. Pencari koloni tidak akan membuang kulit ini. Sebaliknya pencuri akan berusaha untuk menghilangkan ciri asal log tersebut dengan cara membuang kulitnya.

Log yang dipotong ketahap broodcell. Pencari koloni tidak akan potong ke tahap itu untuk memudahkan pengurusan diladang. Pencuri akan memotong lebih pendek untuk menghilangkan

3. Membuat tanda rahsia agar log / haif dapat dijejak jika terjumpa diladang ternakan orang lain. Sebagai tambahan, ambil gambar semua log koloni dan kotak haif kepunyaan penternak. Perkara ini adalah diperlukan oleh pihak polis sebagai bukti pemilikan log atau kotak haif tersebut.

4. Membuat kawalan ladang yang lebih cekap dengan menggunakan kemudahan yang ada.

5. Konkrit log koloni ke tanah atau kedalam tayar. Ini akan menyusahkan untuk mengangkat koloni tersebut.

6. Lekatkan kotak haif ke batang log yang besar dengan menggunakan paku (atau cara lain yang yang bersesuain) agar haif tersebut tidak boleh diangkat.

7. Pasang sistem kawalan yang lebih cekap seperti tembok pagar yang lebih dengan kemasan kawat berduri

8. Pasang sistem CCTV dan sistem “alarm” yang bersesuaian.







EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.