Bentuk Binaan Propolis dan Kantung Madu Dalam Topping H. itama


Pada masa ini teknik topping adalah satu teknik menjadi ikutan ramai penternak kelulut.  Ini teknik ini pada kebiasaannya mendapat kejayaan yang lebih tinggi berbanding dengan teknik pemidahan keseluruhan koloni kedalam kotak haif.  Teknik ini adalah lebih tahan lasak terhadap keadaan persekitaran seperti faktor suhu dan kelembapan.  Dalam teknik ini, semua koloni adalah berada didalam log dan kantung madu, kantung roti lebah naik keatas dalam 3 bentuk iaitu  a) Tangkai anggur, b) Bentuk roti kopi  dan c) Bentuk ros hitam.  Bentuk-bentuk ini terhasil disebabkan beberapa faktor seperti keaktifan koloni, keadaan persekitaran dalam kotak dan teknik topping yang dibuat.

Bentuk tangkai anggur

Bentuk Tangkai Anggur

Ini adalah bentuk ideal yang dikehendaki oleh semua penternak.  Disini kelulut pekerja didapati bebas bergerak didalam topping, menterai semua rongga kecil yang ada didalam kotak topping atau antara plastik penutup dengan kotak.  Pekerja didapati selesa berada dalam topping tersebut dan aktif membina rangkaian propolis diikuti denban membuat kantung madu dan kantung untuk roti lebah. Kelulut kemudian mengisi kantung madu atau kantung roti masing dengan nektar dan debunga yang telah diproses.  Rangkaian kantung tangkai anggur ini terus membesar dengan pertambahan jumlah kantung madu & kantung roti lebah.  Tuaian madu boleh dibuat apabila jumlah kantung bertambah sehingga 30-40 biji. 


Bentuk roti kopi

Bentuk Roti Kopi

Dalam keadaan ini satu lapisan propolis (involcurum) telah dibentuk menyelubungi struktur propolis berangkai, kantung madu dan kantung roti lebah dibawah.  Pada kebiasaannya struktur ini akan membesar bergantung kepada aktiviti pengumpulan madu dan roti lebah dibawahnya.  Kelulut didapati tidak bebas bergerak didalam kotak topping walaupun kelulut banyak dibawah selaput involcurum tersebut.  Ini berlaku kerana kelulut tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dalam kotak tersebut.  Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan ada gangguan perosak seperti semut di dalam kotak tersebut atau kotak topping yang terlampau besar dan agak sukar bagi koloni tersebut untuk mengawal suhu persekitaran haif tersebut.

Dalam keadaan sebegini, penternak tidak harus risau kerana walaupun pun dikelilingi selaput, jumlah kantung madu adalah bertambah.  Saya cadangkan pada peringkat awal-awal jangan apa2kan binaan ini.  Penternak boleh mula mengoyak sedikit selaput setelah struktur tersebut telah memenuhi lebih separuh daripada permukaan kotak tersebut.  Ambil sedikit roti lebah (2-3 kantung) dan letak dibahagian luar sebagai umpan kepada kelulut pekerja untuk terus berada diluar selaput tersebut. Ulangi proses tersebut 2 atau 3 kali jika kelulut pekerja menutup kembali selaput tersebut.  


Bentuk ros hitam

Bentuk Ros Hitam

Dalam bentuk ini propolis berbentuk seperti kelopak bunga ros dan bewarna hitam atau coklat gelap.  Pada kebiasaanya tiada kantung madu terbentuk atau hanya beberapa biji dibawah struktur propolis.  Struktur ros tidak banyak berkembang kerana tiada pembentukan kantung madu dibawahnya.  Ini kemungkinan besar terjadi apabila kawasan pembentukan madu adalah jauh dibawah aras keratan yang telah dibuat untuk diletakkan topping walaupun keratan yang dibuat sudah pada paras sel anak.   Kemungkinan lain ialah log tersebut telah dipotong untuk dibuat topping terbalik.  Ini bermakna kawasan madu adalah terbentuk dikawasan bawah didalam log dan bahagian bawah.   Lebah pekerja terus menyimpan madu dibahagian bawah.

Antara kaedah yang boleh diamalkan untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan memotong log bahagian bawah dan atas ke aras sel telor.  Ini akan memaksa pekerja untuk membuat madu didalam topping memandangkan ruang lain untuk membuat madu sudah tiada.  Jika masalah ini berkaitan dengan kedudukan log yang terbalik, log boleh diterbalikkan dengan memotong bahagian bawah sampai ketahap sel telor dan menutup bahagian yang dipotong asal sebaik mungkin.

Satu lagi yang boleh dicuba ialah dengan memaksa lebah pekerja naik ke atas.  Ini dapat dibuat dengan ikuti langkah-langkah berikut:

1.  Buang propolis di bahagian atas dan tutup kembali dengan kemas

2.  Pada waktu malam (dalam jam 8.00 pm), tutup corong dengan kemas agar kelulut tidak boleh keluar masuk

3. Pada awal pagi, tengah hari dan petang keesokkan nya, ketuk log kayu (kawasan brood sel) perlahan-lahan untuk memaksa lebah pekerja keluar dan berkumpul di dalam topping

4. Pada hari berikutnya, buka corong keluar masuk yang telah ditutup tadi.

5. Jika tidak berjaya, ulang proses yang sama.  Pada kali tutup muncung selama dua hari sebelum dibuka semula
Satu lagi langkah yang boleh diamalkan oleh petani ialah dengan menebuk topping untuk menjadi jalan keluar masuk baru dan seterusnya tutup corong asal.  Ini akan memaksa naik ke atas log dan seterusnya membuat madu.


Sumber rujukan di grup KPLK&LM : http://bit.ly/FB-BentukPropolis







EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.