Senarai Penternak Kelulut Malaysia


Disini ialah senarai penternak yang telah mendaftar dengan Kelab sebagai penternak dan pembekal madu asli terus dari ladang.  Kami pengendali Kelab mengesyorkan mereka yang ingin mendapat madu asli, terbaik ialah mendapatkannya terus dari ladang. Senarai ini akan kami kemaskini dari masa kesemasa.

Kemaskini Terkini : 05 Mei 2016 (12.30 tengah hari)

KELANTAN
Mohammad Ibrahim / Taman Kelulut Abe Cik / Kg. Padang Bongor, Binjai / 018-9032405 / 15 koloni
Mohd Isyraf Syarafi / Qipe Agro Farm / Kota Bharu / 019 9760636 / 30 koloni
Airie Amir / HZG FARM / Selising Pasir Puteh / 0179006414 / 100 koloni
Mohd Zaidi Rusli / Z&A Kelbiz / Kg Pasir Kasar Sering /  0139857001/ 200 koloni
Mohd Fadly Abdullah / Lygold Trading / Kok Lanas Ketereh /  019-9596550 / 9 koloni


PERAK
Taufik Hasan / GERIK / 019-9990198 / 50 koloni
Azrul (Alish) / Sauk / 013-7144830 / 11 koloni
Samsul Akmal/ Faizsholl Enterprise / Gerik, Perak / 0135329323, 05-7917464 / 8 koloni
Mohd Arif  Zahari/Jemaah Penternak Kelulut Batu Kurau/ Batu Kurau, Taiping / 012 5334013 /600 log
Noor Amin/ Smart Gold Kelulut Farm/ Kubu Gajah Semanggol/ 013-4351227/ 20 koloni
Roslan Radzi / Madu Kelulut Manong / 012-6611141 / 100 koloni
Mohd Roslee Johari / No,4A Kampung Padang, Gerik / Tel : 0124775047 / 12 Koloni
Zainol Hussain / Kg tersusun Salak Baru , Sg Siput / 45 koloni / 0195739164


SARAWAK
Isa / Sri Jaya Park, Sri Aman / 013-8185156 / 100 koloni
Mohamad Saifulrudin / Kampung Tungkah Melayu Sebangan / 019-8244605 / 40 koloni.
Pejul/ Madu Kelulut Pejul/ Kuching dan Kota Samarahan / 016-5799785/ 40 koloni kelulut.
DzulKadir Pantong / Kg. Samariang Jaya / Petra Jaya, Kuching / 0168616060 / 40 koloni
Jaliah bt Usun/SHAZA MADU KELULUT SIMANGGANG/Sri Aman/ 0138185960 /100 koloni
Muhamad Hafizan b Tambi / Sarawak / Saratok / 0198090733 / 35 koloni

PAHANG
Amirudin Hashim/ Sebertak Trigona Agrofarm / Bera/ 014-2191181 @ 010-9258916 / 80 log
Syed Putra Ahmad / Kg Belengu, Temerloh / 016-3778328 / 80 logs.
Muhamad Amril Syafiq /Kg Kurnia, Rompin /0195641215 @ 0148109493/ 28 koloni
Emma Bazura / Chini /012-9889368/10 koloni
Zulkarnain Samat / Kg Bachap, Temerloh / 0195581031 / 10 koloni
Zulkepli Hamidon / GT Kelulut Rimba / Kg Baharu, Jalan Benta, Jerantut / Tel : 0109889863 / Koloni : 50
Arinussalam Abdullah / SallamTokeyKelulut / Kuantan, Sungai Ular / 019 977 1404 / 100 koloni
Zulkifli Abdullah / Kg. Simpang Tebing Tinggi, Jerantut / 45 koloni / 0148330003



TERENGGANU
Abdul Razak (Pok Jak) / Kg pancur Jerangau Sungai Bukit Besi / 014-5159280/ 35 log
Awang Merah / Penternakan kelulut Besut / Kampong Tok Dor, Jerteh / 0189065323 / 200 koloni.
Sepo / Aqisha Ori / Kemaman / 0175410486 / 50 koloni
Mahadi Yusoff/Trigona Chalok/Kg Lubok Panjang /Chalok Setiu /0199396620/ 100 log
Mazuki Muda / Kg. Cabang, Kertih, Kemaman / 0148153619/ 32 kloni.
Muhammad Hakimie Saidi / Kg Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu / 011-26970184 / 50 koloni.
Ahmad Taufik /Marang/0132456307/40 koloni
Mohd Shahru Ab Razak / Madu Kelulut Husna / Kg. Batu 4 Dalam, Binjai, Kemaman/ 019-998 1527 / 014-529 0644 / 44 koloni

JOHOR
Haslin MH / Parit Raja, Batu Pahat / 017-7713585 / 40 koloni
Mohd Mahat b Tumiran / Mersing / 0195501874 / 15 koloni


NEGERI SEMBILAN
Mohd Saipudin / 156 Meliponini  / Felda Serting Hilir, Bandar Sri Jempol / 013-6232976 @ 017-6593135 @ 0127534651 / 55 koloni
Dzulkifli Kamal / Ladang Ternakan Kelulut Kg. Gebok / Mantin / 200 koloni / 019-6277917
Shahriman Bin Mahmud/ Nahl Buyawi/Sri Menanti, Kuala Pilah/019 356 9095/ 40 koloni
Ammar Abd Karim/Batang Benar, Pajam/ 0195285986/ 60koloni
Mohamad Zaki / Rembau / 88 koloni / 0192725944


SELANGOR
El Ilmy / Tanabasa Sanctuary / Sungai Merab Kajang, Tanjung Karang / 0196648081 / 20 koloni kelulut
Baharudin Hj Abas / Madu Kelulut Tulen Bahoney (Sinaran Zuriat Ent.) / Kg Rinching Hilir, Bangi Selangor / 017 3053696 / 012 9031467 (Fadirul) / 75 koloni
Khairuddin Hamzah / Bandar Mahkota Cheras, Selangor / 0143344455 / 5 koloni thoracica


MELAKA
CY Tee / FreedomBee /Kuala Sungai Baru, Melaka / 012-3606018 / 200 koloni
Hashim Minhat / HAWANI ENT /Taboh Naming Jaya, Alor Gajah /0122895898 /30Koloni.

SELANGOR
Kamarul Zaman/ H&Z FARM /Kg. Sg Tekali Hulu Langat/ 019-2356499 / 45 koloni

KEDAH
Rashdan Mohd Ramli/Kelulut Lata Bayu, Baling /019-5290158 /30koloni.
Azri Aziz / Bee House78 / Tg. Pari Baling / 011 24080935 / 600 koloni
Mohammad Zaharuddin Zakaria / Kampung Pauh Yan / 014-5072605 / 38 koloni
Mohd Afifi / SLBee Entr. / Kuala Nerang / 0175525296/01113129582 / 200 koloni
Muhamad Akhir Bin Wahab / Lunas / 017-4221990 / 15 koloni
Mohamad Sam Bin Hamid / Madu Kelulut D'RIMBA / Simpang Tiga Legong, Kg Lalang, Baling / 40 koloni / 013-5029116
Amir Adli / Kg Ulu Bakai, Baling / 0195937566 / 30 koloni
Aziz Kasa /Langkawi Kedah/0134339348/22 log


PENANG
Shaik Muhammad Danial / Permatang Tengah Permatang Pauh / 0195424468 / 8 koloni
Nik Khairul Nizam / Pusat Pertanian Relau P.Pinang / 0184601002 / 12 Koloni Kelulut/Madu Lebah Tualang


SABAH
Ismail Ghazali / BTF Farm / Jln Kota Belud, Kota Kinabalu / 0138895271 / 300 koloni

Matjaya Baniamin / JM Trigona / Kuala Penyu, Beaufort/ 0135427778 /
200 koloni


7 Tip Asas Sebelum Mula Menternak Kelulut Yang Anda Perlu Tahu



Sebelum memulakan penternakan lebah kelulut, adalah elok jika kita tahu apa perkara asas yang perlu kita buat. Ini agar mengurangkan kadar kegagalan kita menternak nanti terutama jika kita adalah penternak amatur.

1. Tahu perbezaan lebah kelulut dan lebah Apis

Terdapat perbezaan jelas antara spesis lebah kelulut dan lebah Apis. Terutama dari segi sarang yang kelulut dan lebah madu bina. Lebah kelulut membuat sarang berbentuk seperti tempayan. Manakala lebah Apis membuat sarang dengan bentuk heksagon. Di mana hendak belajar perbezaan ini? Pertama, rajinkan diri membaca informasi di blog ini. Rujuk bahagian Soalan lazim.

2. Hadir ke kursus penternakan lebah kelulut

Tak lengkap ilmu di dada jika kita hanya membaca di blog ini. Rajinkan diri melabur wang demi ilmu. Apabila menghadiri kursus, kita mendapat ilmu teori dengan amal atau hands on sekali. Saya amat sarankan kursus anjuran agensi kerajaan seperti MARDI dan Jabatan Pertanian. Agensi tersebut memang nak membantu kita untuk berjaya menternak. Jangan malas!

Berhati-hati dengan kursus anjuran penternak palsu! Rujuk kursus untuk senarai kursus terkini yang mendapat saranan daripada Kelab ini.

3. Kaji kawasan di mana penternakan akan dibuat

Tempat yang sesuai untuk diternak kelulut perlulah tempat yang kaya dengan pokok bunga. Pokok bunga tersebut perlulah pula kaya dengan nektar. Lihat senarai bunga untuk bunga-bungaan yang lebah kelulut hinggap.

4. Kaji spesis yang sesuai untuk diternak di ladang anda

Bukan semua spesis kelulut yang kita jumpa boleh diternak untuk madu. Ada juga yang diternak untuk menjadi agen pendebungaan. Apabila ada agen pendebungaan, pokok dusun seperti durian, rambutan, kelapa, langsat, dan lain-lain mampu menghasilkan buah sehingga 3 kali ganda. Bayangkan jika sebelum ini hanya ada sepuluh buah sepokok. Selepas membela kelulut, meningkat sehingga tiga puluh buah. Banyak!

Jadi tahu spesis yang hendak kita ternak. Bagaimana? Tahu nama dan rupanya. Ramai yang main belasah sahaja nama kelulut. Perlu diketahui terdapat 89 spesis kelulut bertapak di Malaysia! Banyak tu! Setiap nama kelulut ini ada nama saintifiknya. Secara umumnya, kelulut mewakili lebah tak bersengat yang menghasilkan madu (kata orang puteh Stingless bee). Tetapi kita perlu lebih khusus. Heterotrigona itama (sebut itama) dan Geniotrigona thoracica (sebut torasika) menjadi dua spesis yang diminati penternak kerana pengurusan menternak yang mudah dan penghasilan madu dan roti lebah yang banyak.

5. Cara proses produk lebah kelulut

Secara alami, kelulut menghasilkan tiga produk utama iaitu madu, roti lebah dan propolis. Setiap produk tersebut ada cara pemprosesan yang betul. Hal ini sangat penting kerana jika salah proses, madu tersebut boleh menjadi racun kepada pengguna. Ramai yang menuai madu kelulut tanpa alat yang betul. Apatah lagi dengan kadar kebersihan yang elok. Bayangkan jika makanan itu akan sampai ke mulut pengguna. Pastikan cara menuai madu kita betul. Kebersihan adalah yang utama. Pastikan halalan toyyiban madu kita.

6. Pemasaran produk kelulut dan produk hiliran

Apakah sebab kita menternak kelulut? Adakah sebagai agen pendebungaan? Atau ingin mendapat produk kelulut seperti madu, roti lebah dan propolis? Jika yang terakhir itu menjadi matlamat, kita perlu tahu di mana perlu kita pasarkan produk ini. Setiap produk itu ada pasarannya jika kita bijak mencari.

Jangan lihat produk kelulut sekadar madu, roti lebah dan propolis sahaja. Tingkatkan diri untuk mempelajari juga produk hiliran lebah kelulut seperti membuat sabun, syampu, dan kapsul.

7. Berkunjung ke ladang penternak lain

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Begitulah juga kita sebagai penternak. Rajin rajinkan diri menziarahi penternak lain. Kita bertukar ilmu kelulut. Lagi banyak kita kongsikan lagi banyak ilmu yang Allah akan berikan. Bukankah ia ibarat sedekah? Lagi banyak kita sedekahkan lagi banyaklah rezeki yang kita dapat.

7 Tip Asas Sebelum Mula Menternak Kelulut Yang Anda Perlu Tahu


Diharapkan dengan perkongsian asas ini, para penternak baharu mendapat idea bagaimana untuk menternak kelulut. 7 perkara ini bukanlah yang utama. Ia hanyalah perkongsian berdasarkan pengalaman dan perbincangan bersama penternak-penternak yag lain.

Kalau rasa ada yang boleh tambah, bolehlah komen. Sama-sama kita kongsikan ilmu yang kita ada.

Bacaan lain:


Cara Buat Minuman Beebread atau Roti Lebah

Tatacara sediakan minuman beebread. 1 kantung bee bread buang selaput kantung, 2 sudu madu kelulut asli dan 1/2 cawan air sedikit suam. Larutkan beebread dengan air suam=air larutan bee bread, curahkan larutan beebread kedalam cawan madu dan kacau sebati....bismillahh dan minum..pagi dan malam..untuk permulaan, 1x selang 2 hari.





Catatan :
Info ini adalah perkongsian dari Tn. Haslin MH

Mustafa-Hive Rangkul Pingat Emas Di Malaysian Agriculture Invention Show (MAgIS) 2015

MAgIS (Malaysian Agriculture Invention Show) merupakan satu acara himpunan para pemain industri pertanian dan industri asas tani. Pertandingan inovasi ini melibatan beberapa kategori seperti peringkat petani, institusi dan juga pelajar.

Dalam pertandingan ini, MUSTAFA-Hive telah dipilih memenangi Pingat Emas dalam kategori petani. Diharapkan rakan-rakan penternak dapat menyertai pertandingan sebegini pada masa hadapan. Untuk menyertai, daftarkan inovasi rakan-rakan dengan Jabatan Pertanian daerah masing-masing dan pihak jabatan akan bantu mengenengahkan inovasi rakan-rakan.  Usaha-usaha begini penting bukan hanya untuk kepuasan atau menunjukkan siapa hebat, tetapi lebih kepada usaha untuk kita sama-sama membangunkan industri lebah kelulut di Malaysia.


Info MAgIS


Senarai Anugerah MAgIS


Suasana di Dewan Pertandingan & Pameran


         Barisan Juri akan bergilir-gilir datang ke booth 
para peserta untuk sesi penialaian


Majlis Penyampaian Anugerah kepada Dr Mohd Zulkifli Mustafa
yang memenangi pingat emas


Sesi penerangan kepada para pengunjung

Tahniah saya ucapkan kepada Dr. Mohd Zulkufli Mustafa dan semua ahli kumpulan yang dengan begitu gigih membangunkan Mustafa-HIVE ini sehingga telah memenangi hadiah dan pengiktirafan yang berprestig ini.  

Untuk maklumat lanjut berkenaan inovasi Mustafa-HIVE ini, mohon lawat dipautan dibawah.

Siri Fotografi Makro Lebah Kelulut # 5 - Lepidotrigona latipes

Lepidotrigona latipes









Penghargaan

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn. Fauziah Shariff dari Bilut Valley Bee Farm yang sudi berkongsi gambar-gambar ini disini.

Ucapan ribuan terima kasih juga kepada Tn. Haji Mnr Haji Mnm dan Tn. Mohd Razif Mamat yang telah menyumbang spesimen untuk pengambaran ini.

Untuk maklumat lanjut :

- FB Bilut Valley Bee Farm
- Blog Bilut Valley Bee Farm

Siri Fotografi Makro Lebah Kelulut # 4 - Lepidotrigona doipaensis




                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Lepidotrigona doipaensis









Penghargaan

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn. Fauziah Shariff dari Bilut Valley Bee Farm yang sudi berkongsi gambar-gambar ini disini.

Ucapan ribuan terima kasih juga kepada Tn. Haji Mnr Haji Mnm dan Tn. Mohd Razif Mamat yang telah menyumbang spesimen untuk pengambaran ini.

Untuk maklumat lanjut :

- FB Bilut Valley Bee Farm
- Blog Bilut Valley Bee Farm

Kursus Kelulut oleh Pak Abu Hassan Jalil





Apakah kelebihan kursus pengendalian Pak Abu berbanding kursus-kursus lain?

Belajar dengan ahlinya.




Apakah Kursus Tawaran Akademi Kelulut Pak Abu?





Siapa patut mendaftar?

Bagi sesiapa yang berminat belajar kelulut dengan orang yang ahlinya.



Siapakah Pak Abu Hassan Jalil?

Pak Abu bermula dengan agronomis dalam bidang landskap. Kemudian mula bergiat aktif dalam bidang penternakan kelulut (meliponikultur) pada tahun 2011 apabila diajak menyertai bersama dengan Dr. Ibrahim.

Pak Abu tidak memandang kebelakang lagi apabila sudah menyertai kelulut.

Beliau terus mendalami bidang ini.

Pak Abu telah membentangkan satu kertas kerja berkaitan pengecaman spesis kelulut Indo-Malaya di

Sebuah buku beliau bersama Dr. Ibrahim telah terbit iaitu Beescape for Meliponines.

Beberapa buah buku beliau dalam bahasa Melayu akan diterbitkan dalam masa terdekat.



Testimoni:

Worth every single cent and day, unlike any other kursus/courses organised by any other. The rest have special and conflict of interest with their camouflaged selling of logs/hives/nest, and none put sustainable well-being of the kelulut  (stingless bees) as numero- uno, forgetting the basic and important fact that a strong colony with all the prerequisites in placed will invariably provide bountiful harvest, including frequent swarming emanating from a very strong colony to start with.
I have gone through these classes by Abu Hassan Jalil, and we have had healthy debates and exchanges of ideas, but not many (none so far that I have met) has the same passion and knowledge that he has, and I aspire to beat him on his own turf, but so far no luck yet. Perhaps one fine day, no?
Old man, I salute you.

-- Wak Abdul Aziz Bakri


Pendaftaran

Untuk pendaftaran boleh sertai Facebook group di Akademi Kelulut Pak Abu.



Pokok Bunga Lebah Kelulut - Angelonia









Catatan:

Pokok ini mempunyai bunga pelbagai warna

Pokok Bunga Lebah Kelulut - Duranta erecta

Duranta erecta









Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.